Search

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 82)

Wollongon...

  • Share this:

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 82)

Wollongong, Australia - Down Under ( 1 )

Tidak pernah terfikir saya & keluarga akan tinggal di Australia. Memang saya kerap ke Melbourne sejak tahun 2000 sebagai penasihat Shariah kepada MCCA. Namun, tak terlintas pun nak berhijrah ke Australia.

Namun, satu fakta kehidupan. Memang kalau dah baik & elok seseorang atau sesuatu, akan terasa baik & elok. Ia akan terserlah dengan senditi. Memang terasa Australia sebuah negara yang indah untuk tinggal. Mudah. Cekap. Selamat. Cantik.Tenang.

Anak saya Izzatie sudah habis program Foundation Universiti Wollongong di Dubai. Dia nak sambung di Australia. Wollongong sebuah bandar kecil ke selatan Sydney. Ia mengambil masa satu jam dengan kereta & juga kereta api.

Saya telah menghantar anak saya ke sana pada 2010. Saya carikan rumah sewa kepada dia. Ia agak jauh dari Universiti. Semua rumah sewa lain dah penuh. Dia kena berjalan beberapa minit untuk dapat bas ke universiti. Saya tinggalkan dia keseorangan. Di detik itu, terasa amat sayu. Sekilas ikan di air, terlintas idea untuk berhijrah ke sana.

Selepas kami pulang dari Dubai, saya terus membuat urusan visa ke Australia untuk kami sekeluarga. Saya uruskan kemasukan Atiqie ke program Foundation & Awfa Amanie ke sekokah rendah di sana. Kerap kami ke kedutaan Australia. Akhirnya, semua selesai. Kami semua berangkat ke Sydney sekitar bulan Januari 2011.

Setiba di airport, saya ambil teksi van ke rumah sewa anak saya. Kami kongsi sebuah bilik yang kecil beberapa minggu sehingga dapat rumah sewa baru. Cuaca panas. Masih teringat lagi susah nak dapat beli kipas di kedai. Memang jarang dijual. Di Australia, jarang ada kipas. Cuacanya sentiasa lunak.

Wollongong terkenal dengan pantainya. Saya mula beriadah di tepi pantai setiap pagi. Kami dah dapat rumah sewa baru. Nanti saya ceritakan. Saya juga beli kereta MPV 5 seaters. Kereta second hand. Saya mula hantar Awfa ke sekolah setiap pagi & ambil setiap petang. Seronok tengok suasana persekolahan di sana. Tidak nampak tension di muka guru & murid. Semuanya macam teruja.

Masalah besar saya ialah jarak Sydney dengan Dubai. Bila saya kena terbang ke Dubai, memang mengeluh. Jauh sangat.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts